|
        Chelsea telah ditubuhkan dan menyertai liga pada tahun 1905. Tidak banyak insiden yang berlaku pada tahun-tahun awal selepas penubuhannya sehinggalah tahun 1955 apabila mereka berjaya mendapatkan gelaran juara liga buat pertama kalinya. Lewat tahun 1960-an dan pada awal 1970-an adalah zaman kegemilangan Chelsea apobila populariti pasukan Kings Road itu menjadi bertambah mashyur dan kelab itu telah menjadi sebuah pasukan yang paling bergaya di England. Pada musim 1974-75, Chelsea telah diturunkan divisyen dan telah menghabiskan beberapa musim di dalam divisyen kedua. Mereka akhirnya berjaya merebut semula kedudukan di dalam divisyen satu pada tahun 1989. Pada musim 97/98, Chelsea menambah koleksi pingat mereka dengan memenangi Piala Liga dan Piala Pemenang Piala Eropah. Kelab itu telah memberikan kejutan kepada dunia bola sepak dengan memecat Ruud Gullit pada bulan Februori 1998. Namun ia dengan cepat sahaja dapat dilupakan apabila mereka melantik Gianluca Vialli sebagai jurulatih yang baru dan tidak lama selepas itu, beliau telah berjaya membuktikan kemampuannya memegang jawatan tersebut. Apabila Vialli digantikan dengan rakan senegara beliau dari Itali, Claudio Ranieri, Chelsea mula mencuba untuk bergerak jauh dari gelaran mereka sebagai 'pasukan yang selalu bermain jauh lebih rendah dari yang sebenarnya'. Pada musim panas 2003, mereka telah mendapat galakan terbesar mereka. Tidak ramai yang pernah mendengar tentang jutawan Rusia, Roman Abromovich, sebelum beliau membeli Chelsea tetapi dengan sekelip mata, nama beliau menjadi terkenal apabila beliau memberikan sumber kewangan yang banyak sekali untuk kelab itu dan meletakkan Chelsea setara dengan pasukan-pasukan besar yang lain.
       Jose Mourinho telah dilantik sebagai pengurus baru Chelsea pada 2 Jun 2004, hanya selepas dua hari Claudio Ranieri dipecat dari jawatan itu di Stamford Bridge. Mourinho tiba di kelab barat London itu sebagai salah seorang jurulatih muda yang mendapat pengiktirafan tinggi di Eropah, setelah memenangi Liga Juara-juara Eropah bersama kelab Porto. Itu merupakan kemuncak bagi bos muda yang penuh keazaman ini, yang juga telah berjaya membawa pasukannya mempertahankan gelaran Juara Liga Portugal dalam musim 2003/04 menumpaskan Celtic dalam satu pertembungan akhir yang penuh dramatik. Pada tahun sebelumnya, beliau berjaya membawa Porto ke tiga kemenangan yang menakjubkan, iaitu kejuaraan liga domestik dan dua kemenangan piala serta pemenang Piala UEFA. Anak kepada penjaga gol Portugal yang mashyur, Felix Mourinho, Jose tidak pernah beraksi secara profesional tetapi selalu menetapkan matlamatnya untuk memiliki kerjaya dalam bidang jurulatih. Beliau muncul sebagai penterjemah kepada Bobby Robson di Sporting Lisbon pada awal tahun 1990-an, yang sebelum itu beliau hanya memegang jawatan yang berprofil rendah di kelab-kelab Portugal seperti Estrela Amadora don Vitoria Setubal. Mourinho semakin membabitkon diri dalam latihan di bawah bekas jurulatih pasukan sebelum pulang ke Porto sebagai ketua jurulatihnya. Dengan kejayaan-kejayaan tersebut, impian beliau untuk menjadi jurulatih bagi kelab Inggeris pada musim berikut telah direalisasikan kerana beliau akhirnya menyertai Stamford Bridge mengantikan Claudio Ranieri.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.