Statistik Pemain

Di bahagian ini terdapat senarai statistik pemain-pemain Chelsea.





















John Terry
Nombor Skuad: 26
Posisi: bek
Kewarganegaraan: England
Tarikh Perjanjian: 01/08/1998
Tarikh Lahir: 07/12/1980
Tinggi: 175cm
Berat: 71kg

     J. Terry ialah pemain yang mendominasi bahagian tengah dengan penuh bertenaga. Kebolehan hebat yang dimilikinya itu telah terbukti apabila beliau memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Chelsea bagi musim 1998-99. Begitulah hebat peningkatannya sehinggakan pada musim 1999-2000, beliau telah terpilih untuk melakukan penampilan pertamanya bagi pasukan Chelsea dalam perlawanan tambahan Piala Liga menentang Aston Villa.
     Musim 2001/02 merupakan musim yang bermakna untuk John Terry. Beliau bukan sahaja berjaya memenangi kedudukan sebagai pemain tetap Chelsea, malah juga terpilih sebagai ketua pasukan skuad bawah 21 tahun England.
     Satu musim yang berjaya telah dapat ditamatkannya dengan baik walaupun terdapat banyak spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan dari kelab Chelsea. Pada bulan Jun 2003, beliau telah membuat penampilan pertama dengan pasukan England dalam perlawanan menentang Serbia dan Montenegro. Banyak perkara hebat yang menanti John Terry jika beliau meneruskan proses pemulihannya dirasainya juga semakin bertambah. Beliau telah ditahan berikutan satu kejadian di luar sebuah kelab. Disebabkan masalah beliau di luar padang, Terry tidak terpilih untuk menyertai skuad England dalam kejohanan Piala Dunia.
     Ini bermakna musim 2002/03 merupakan satu musim penentu bagi salah seorang bintang yang paling menyerlah di England itu. Beliau bernasib baik apabila berjaya menyedari bahawa adalah waktu bagi memperbaiki dirinya walaupun ketika itu, beliau mengalami kecederaan yang menghalangnya dari beraksi sehingga bulan Oktober. Enam gol dan beberapa penampilan bergaya menyusul usahanya untuk membersihkan imejnya.
Frank Lampard
Posisi: Midfield
Kewarganegaraan: England
Tarikh Perjanjian: 15/06/2001
Tarikh Lahir: 21/06/1978
Tinggi: 183cm
Berat: 79kg

     Sebagai seorang pemain bola sepak, Frank Lampard tidak mungkin kekurangan bakat terutamanya beliau memiliki seorang bapa yang pernah memenangi Piala FA sebanyak dua kali dengan West Ham United dan pakcik yang pernah bermain dengan kelab Timur London itu menguruskannya selepas itu.
     Lampard telah berpindah ke Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 11 juta pound dari kelab Upton Park pada 14 Jun 2001.
     Lampard melakukan penampilan pertama Liga Perdana beliau dalam perlawanan menentang Sheffield Wednesday pada tahun 1996. Bet Sitt ialah ketua pasukan remaja West Ham yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Remaja FA.
     Beliau juga ketua kepada pasukan bawah 21 tahun England sebelum mara ke tahap dewasa dalam pasukan England. Pada akhir musin 2000-2001, beliau pernah mewakili negara sebanyak dua kali.
     Musim 1998/99 menyaksikan persembahan Frank yang mengagumkan dengan bakat semulajadi yang dimilikinya. Beliau ialah seorang pemain yang rajin bersungguh-sungguh. Musim 2000/2001, nama Lampard menjadi terkenal berikutan reaksi marah| terhadap berita tentang perpindahan rakan baiknya, Rio Ferdinand, bernilai 17 juta pound ke Leeds United
     Selepas minat dari Aston Villa ditonjolkan melalui tawaran bernilai 7 juta pound untuk pemain itu, Lampard memutuskan untuk menyertai Claudio Ranieri di Chelsea. Sejak itu, beliau telah melalui dua musim yang sangat bagus di Stamford Bridge dengan menjaringkan 13 gol dan membantu Chelsea ke Liga Juara-juara Eropah untuk musim 2002/03 dan 2003/04. Beliau turut memenangi beberapa peluang untuk mewakili pasukan, England
EIDUR GUDJOHNSEN
Nombor Skuad: 22
Posisi: Striker
Kewarganegaraan: Iceland
Tarikh Perionjian: 20/06/2000
Tarikh Lahir: 15/09/1978
Tinggi: 183cm
Berat: 83kg

     Chelsea mengalahkan banyak kelab lain dalam mendapatkan tandatangan pemain muda antarabangsa Iceland itu pada musim panas 2000. Salah seorang pemain terbaik dalam Divisyen Satu untuk musim 1999/2000, Gudjohnsen telah menjaringkan lebih dari 20 gol dalam persaingan yang menyaksikan Bolton sekali lagi nyaris-nyaris mendapatkan peningkatan divisyen.
     Sebagai seorang pemain, Gudjohnsen masih mempunyai banyak yang perlu dipelajari tetapi beliau seorang yang sangat pantas dan boleh menjadi penghubung yang baik dalam sesuatu permainan. Selain itu beliau juga pemain yang mampu menjayakan penyudah yang baik. Sebagai pemain remaja, beliau telah menghabiskan satu tempoh yang singkat menjadi pasangan menyerang kepada Ronaldo semasa di Ajax, satu gabungan yang terpaksa ditamatkan apabila beliau mengalami kecederaan di bahagian buku lali.
     Selepas menghabiskan satu tempoh pendek di negaranya, beliau telah diambil oleh kelab Bolton dan telah mengharungi dua musim yang amat berjaya di kelab Utara Barat itu.
     Dalam musim pertama beliau di Chelsea, Gudjohnsen telah mengambil peluang untuk beraksi dalam pasukan bola sepak pertama dan beliau telah membentuk satu gabungan yang tiada tandingannya bersama Jimmy Floyd Hasselbaink. Melalui 48 penampilan, Gudjohnsen telah menjaringkan 23 gol dan membantu pasukan Blues mara ke perlawanan akhir Piala FA.
Malang sekali, gabungan yang dibentuknya itu tidak dapat diteruskan berikutan masalah kecederaan dan kehilangan stamina yang dihadapinya dalam musim 2002/03. Sepanjang musim itu, Gudjohnsen hanya melakukan 10 jaringan dan beliau telah menjadi tajuk utama berita untuk sebab-sebab yang tidak baik apabila mengakui mengalami masalah ketagihan berjudi. Beliau pasti berharap untuk kembali semula ke landasan yang betul bagi musim yang akan datang. Buat masa sekarang, beliau menjadi striker pilihan utama Jose Mourinho.


Statistik Pemain Chelsea

No. Jersi Nama Posisi Tinggi Berat Tarikh Lahir Kewarganegaraan
1 Peter Cech Penjaga Gol 197 cm 87 kg 20/05/1982 Czech
21 Carlo Cudicini Penjaga Gol 188 cm 74 kg 06/09/1973 Itali
35 Jurgen Macho Penjaga Gol 193 cm 88 kg 24/08/1972 Austria
20 Paulo Ferreira Bek 182 cm 76 kg 18/01/1979 Portugal
2 Glen Johnson Bek 178 cm 70 kg 23/08/1984 England
6 Marcel Desaily Bek 183 cm 80 kg 07/09/1968 Perancis
29 Robert Huth Bek 188 cm 81 kg 18/08/1984 Jerman
13 William Gallas Bek 181 cm 72 kg 17/08/1977 Perancis
26 John Terry Bek 175 cm 71 kg 07/12/1980 England
18 Wayne Bridge Bek 178 cm 77 kg 05/08/1980 England
3 Celestine Babayaro Bek 175 cm 69 kg 29/08/1978 Nigeria
6 Ricardo Carvalho Bek 183 cm 79 kg 18/05/1978 Portugal
22 Valerio Di Cesare Bek 187 cm 76 kg 23/05/1983 Itali
11 Damien Duff Midfield 178 cm 60 kg 02/03/1979 Ireland
19 Scott Parker Midfield 175 cm 70 kg 13/10/1980 England
14 Geremi Midfield 180 cm 78 kg 20/12/1978 Cameroon
13 Alexei Smerijn Midfietd 175 cm 63 kg 01/05/1975 Rusia
8 Frank Lampard Midfield 183 cm 79 kg 21/06/1978 England
10 Joe Cole Midfield 173 cm 64 kg 08/11/1981 England
27 Alexis Nicolas Midfield 178 cm 63 kg 13/02/1983 Cypria
5 Claude Makelete Midfietd 174 cm 70 kg 18/02/1973 Perancis
16 Arjen Robben Midfield 186 cm 82 kg 23/01/1984 Belanda
13 Tiago Cardoso Mendes Midfield 178 cm 70 kg 05/02/1981 Portugal
7 Adrian Mutu Striker 180 cm 74 kg 08/01/1979 Romania
22 Eidur Gudjohnsen Striker 183 cm 83 kg 15/09/1978 Iceland
28 Filipe Oliveira Striker - - 27/05/1984 Portugal
15 Mateja Kezman Striker 174 cm 68 kg 12/04/1979 Yugoslavia
15 Didier Drogba Striker 180 cm 74 kg 11/03/1978 Ivory Coast